UCAPAN RINGKAS
Pengarah, Institut Visual Informatik
Universiti Kebangsaan Malaysia
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak La Louie Holdings Sdn. Bhd. serta Saudara Louie Liu atas kesediaan bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia melalui inisiatif Better Health Better Lives 2.0.
Pemeteraian Surat Hasrat pada hari ini menandakan komitmen bersama untuk memanfaatkan penyelidikan, sains dan teknologi dalam menangani isu kesihatan masyarakat Orang Asli secara lebih berkesan dan berimpak.
UKM amat menghargai peluang untuk menggabungkan kepakaran akademik dengan pendekatan teknologi imersif bagi memastikan hasil penyelidikan dapat difahami dan dimanfaatkan oleh masyarakat.
Saya berharap kerjasama ini akan diteruskan ke peringkat Memorandum of Agreement, seterusnya melahirkan inisiatif yang mampan dan memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti dan negara.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:
Post a Comment