Wednesday, 22 July 2026

Majlis MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PROFESIONAL ANALITIK DATA (RISDA) 2026

 

23 Julai 2026

Teks Ucapan Pengarah

Majlis MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PROFESIONAL ANALITIK DATA (RISDA)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera,
dan Salam Malaysia MADANI.

Yang Berusaha wakil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), para peserta program, para pensyarah, penyelaras program, serta tetamu sekalian.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur dan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menamatkan Program Pensijilan Profesional Analitik Data bagi Kohort Khas RISDA yang pertama, bermula daripada 7 April – 30 Jun 2026. Walaupun para peserta ada beban tugas yang berat, komitmen yang ditunjukkan amat membanggakan. Kehadiran yang baik, tugasan yang berkualiti, dan perbincangan kelas yang aktif membuktikan kesungguhan saudara dan saudari dalam meningkatkan kemahiran analitik bagi menyokong mandat kementerian.

Program ini dirangka dengan modul-modul yang telah disesuaikan dengan keperluan semasa RISDA, merangkumi Business Hypothesis Testing, Unstructured and Structured Data, Data Visualisation, Data Communication, Visualisation and Reporting serta topik khas Power BI dan Knime Analytics. Saya amat berbangga kerana peserta berjaya menerapkan pengetahuan ini ke dalam mini projek dan projek akhir yang berfokus kepada isu sebenar seperti analisis dan tren harga getah, analisis produktiviti pekebun kecil getah RISDA, impak program Agromakanan RISDA, isu & kekangan pendapatan keusahawanan, isu penyakit getah, analisis prestasi pembekalan baja, impak digitalisasi pemasaran, dan analisis kesejahteraan kesihatan kakitangan. Hasil analisis yang dibentangkan membuktikan bahawa data bukan sekadar maklumat—tetapi asas kepada keputusan dasar yang lebih cekap, tepat dan berimpak nanti.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tenaga pengajar — Dr Ida Rosnita Ismail, Dr Chaw Jun Kit, PM Dr Rabiah Abd Kadir, dan PM Dr Mohammad Khatim Hasan — atas dedikasi serta kepakaran mereka dalam menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan turut ditujukan kepada UKMShape atas usaha mendapatkan sokongan RISDA serta menyediakan peruntukan khas yang memungkinkan program ini direalisasikan. Kerjasama strategik ini menunjukkan komitmen bersama untuk memperkukuh budaya data-driven decision making dalam sektor awam, khususnya dalam meningkatkan keberkesanan operasi dan perlindungan pengguna di seluruh negara.

Kepada para peserta, saya berharap ilmu dan kemahiran yang diperoleh ini akan terus dimanfaatkan di tempat kerja masing-masing. Jadilah agen perubahan yang membawa pembaharuan melalui penggunaan data secara lebih strategik, beretika dan berfokus kepada manfaat rakyat.

Dengan penuh rasa penghargaan, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua peserta. Semoga kejayaan hari ini menjadi langkah permulaan kepada peningkatan profesionalisme dan kecemerlangan perkhidmatan di bawah RISDA.

Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Tuesday, 14 July 2026

Better Health, Better Lives 2.0 – UKM Global Impact Dialogue & Book Launch (18 July 2026)

 Opening Speech by Prof. Ir. Dr. Riza Sulaiman



Good morning 


Distinguished guests, industry partners, colleagues, students, ladies and gentlemen, good morning and welcome to Universiti Kebangsaan Malaysia.


It is a great pleasure to welcome all of you to the
Better Health, Better Lives 2.0 – UKM Global Impact Dialogue & Book Launch.


Today reflects something we strongly believe in at UKM—that when universities, industry, and passionate individuals come together, we can create solutions that make a real difference to society.


We are honoured to collaborate with Better Health, Better Lives, KJ Institute, and Roths Investment Bank in bringing together education, innovation, and community impact on one platform.


One of today’s highlights is the launch of the UKM Global Impact Challenge, an initiative that encourages young people to transform ideas into meaningful action. We hope this challenge will inspire students to become not only successful graduates, but future leaders who serve society with purpose and compassion.


I would also like to thank all our distinguished guests from China, and the United States and also Malaysia for joining us today. Your presence reflects the power of international collaboration in advancing education, research, and social impact.


To our students, I encourage you to listen, ask questions, and be inspired. Every meaningful journey begins with one idea and the courage to take the first step.


Thank you for being here. I wish everyone a fruitful and inspiring programme.


Thank you.

Majlis MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PROFESIONAL ANALITIK DATA (RISDA) 2026

  23 Julai 2026 Teks Ucapan Pengarah Majlis MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PROFESIONAL ANALITIK DATA (RISDA) Assalamualaikum warahmatullahi ...