13 August 2026
LETTER OF
INTENT
FOR STRATEGIC
COLLABORATION IN AIOT, SMART FARMING AND AGRICULTURAL TECHNOLOGY
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Para rakan strategik industri,
Barisan staf Institut Informatik Visual (IVI),
serta para
hadirin yang dihormati sekalian.
Pertama
sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua yang hadir pada hari ini bagi memeriahkan Majlis Menandatangani
Perjanjian antara IVI-UKM dan PKPS Ehsan Agrotech yang menandakan satu lagi
peristiwa penting pembangunan kerjasama strategik dalam bidang AIoT dan
Pertanian Pintar dengan inisiatif Pertanian Pintar AI Cili antara akademia dan
industri, terutamanya dalam memajukan pertanian pintar, teknologi pertanian,
inovasi dan aplikasi teknologi informatik digital dan visual.
Hadirin yang dihormati
sekalian,
Majlis Perjanjian antara
IVI-UKM dan PKPS Ehsan Agrotech ini dirangka sebagai satu inisiatif bagi
memperkasa kemahiran profesional dalam bidang Kecerdasan
Buatan ("AI"), Internet Kebendaan ("IoT"), robotik,
automasi pintar, analitik data dan teknologi digital yang selamat dalam
meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kelestarian pertanian.
Dalam hal ini, pihak Institut Informatik Visual
amat menghargai sokongan yang diberikan oleh pihak industri, khususnya Perbadanan
Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang sudi menjadi penaja kepada program ini. Sokongan seperti ini bukan
sahaja membantu memperkukuhkan pelaksanaan program, malah turut mencerminkan
kepercayaan pihak industri terhadap kepakaran dan peranan universiti dalam
pembangunan bakat masa hadapan.
Kami berharap
kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan melalui
pelbagai inisiatif bersama dalam bidang penyelidikan, latihan profesional serta
pembangunan teknologi.
Hadirin sekalian,
Akhir kata,
saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga usaha dan kerjasama yang terjalin
pada hari ini akan memberikan manfaat yang besar kepada pembangunan ilmu,
industri dan negara.
Sekian, terima kasih.