Monday, 16 March 2026

UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH IVI : MAJLIS PENAJAAN PROGRAM SIJIL PROFESIONAL DATA EXCELLENCE SERIES UKM

 


 

MAJLIS PENAJAAN PROGRAM SIJIL PROFESIONAL DATA EXCELLENCE SERIES UKM

17 MAC 2026

 

Bismillahirrahmanirrahim.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Yang Berbahagia

Dato’ Abdullah bin Hj Abd Karim,

CEO Karim Engineering Sdn. Bhd. selaku penaja Program Sijil Profesional Data Excellence Series

 

Yang Berbahagia

Datuk Ma Hassan Esa, Pengerusi Lisensi National AI

 

Yang Berusaha

Profesor Madya Dr. Rabiah Abdul Kadir,

Pengerusi Syarikat Startup IVI, AEye Insight Sdn. Bhd.,

 

Para rakan strategik industri,

1.      Mr Paul Franklin, Regional Lead - Southeast Asia, Pearson

2.      En. Mohamad Ismail, Corporate Development Director, KESB

3.      En. Muhammad Kamarulzaman bin Yaacob, Business Development Director, KESB

4.      Azhar Mohd Saghri General Manager, PT REXA CENDIKIA MANDIRI

 

Barisan staf Institut Informatik Visual,

 

serta para hadirin yang dihormati sekalian.

 

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini bagi memeriahkan Majlis Penajaan Program Sijil Profesional Data Excellence Series UKM atau singkatannya DEX-Pro IVI UKM yang dianjurkan AEye Insight Sdn Bhd, syarikat startup yang merupakan peneraju kepada penawaran Sijil Profesional Institut Informatik Visual.

 

Sesungguhnya kehadiran para jemputan sekalian amat bermakna dalam menyokong usaha universiti, khususnya Institut Informatik Visual, dalam memperkukuhkan kerjasama strategik antara akademia dan industri.

 

Hadirin yang dihormati sekalian,

 

Program Sijil Professional Data Excellence Series ini dirangka sebagai satu inisiatif bagi memperkasa kemahiran profesional dalam bidang data analytics, data engineer dan data insight yang merupakan teknologi digital berasaskan AI yang kini menjadi pemacu utama dalam ekonomi negara. Melalui program ini, para peserta akan didedahkan kepada pengetahuan serta kemahiran praktikal yang relevan dengan keperluan industri semasa.

 

Dalam hal ini, pihak Institut Informatik Visual amat menghargai sokongan yang diberikan oleh pihak industri, khususnya Karim Engineering Sdn. Bhd., yang sudi menjadi penaja kepada program ini. Sokongan seperti ini bukan sahaja membantu memperkukuhkan pelaksanaan program, malah turut mencerminkan kepercayaan pihak industri terhadap kepakaran dan peranan universiti dalam pembangunan bakat masa hadapan.

 

Kami berharap kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan melalui pelbagai inisiatif bersama dalam bidang penyelidikan, latihan profesional serta pembangunan teknologi.

 

Hadirin sekalian,

 

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga usaha dan kerjasama yang terjalin pada hari ini akan memberikan manfaat yang besar kepada pembangunan ilmu, industri dan negara.

 

Sekian, terima kasih.

 

Wabillahi taufik walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


No comments:

Post a Comment

UCAPAN AIDILFITRI - PENGARAH IVI 2026

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ   Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Institut Info...