Wednesday, 17 December 2025

LAWATAN DELEGASI APTIKOM KE IVI (18 Disember 2025)

 LAWATAN DELEGASI APTIKOM KE IVI

 Tarikh: Khamis, 18 Disember 2025

Tempat: Auditorium, Akademia Siber Teknopolis, UKM


UCAPAN ALU-ALUAN
PENGARAH IVI
KEPADA PESERTA APTIKOM

 

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Pengerusi APTIKOM,
Yang Berusaha barisan kepimpinan APTIKOM,

Yang Berbahagia Prof Ir. Dr Anton Satria Prabuwono
Yang Dihormati para delegasi, ahli akademik, rakan industri, serta para peserta sekalian.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat datang kepada semua peserta APTIKOM. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini amat bermakna dan mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi, khususnya dalam bidang teknologi maklumat, pengkomputeran dan disiplin berkaitan.

Majlis ini menjadi lebih signifikan dengan penganjuran sesi menandatangani Letter of Intent (LoI), yang melambangkan hasrat dan komitmen awal semua pihak untuk menjalin kerjasama akademik dan penyelidikan secara lebih tersusun, berfokus dan berimpak tinggi.

Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menyatakan persetujuan bagi menggembleng usaha terbaik ke arah pembangunan pelbagai bentuk kerjasama, antaranya:

·       Pertama, pertukaran pelajar bagi tujuan penyelidikan dan pengajian, yang diyakini mampu memperkayakan pengalaman akademik serta pendedahan antarabangsa pelajar.

 

·       Kedua, pertukaran ahli akademik dan tenaga pengajar bagi memperluas perkongsian kepakaran, pemindahan ilmu serta amalan terbaik dalam pengajaran dan penyelidikan.

 

·       Ketiga, pertukaran bahan penyelidikan dan pendidikan, termasuk penerbitan serta maklumat akademik, bagi menyokong pembangunan ilmu yang berterusan.

 

·       Keempat, penganjuran dan penyertaan bersama dalam seminar, simposium, program jangka pendek serta mesyuarat akademik yang mampu merancakkan wacana ilmiah dan inovasi. IVIC 2027.

 

·       Kelima, pelaksanaan projek penyelidikan bersama yang memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah sebenar serta keperluan industri dan masyarakat.

 

·       Keenam, pelaksanaan serta pertukaran program latihan industri (internship) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dan kesediaan mereka menghadapi alam pekerjaan; DAN

 

·       Ketujuh, sebarang bentuk kerjasama atau aktiviti lain yang dipersetujui bersama oleh semua pihak dari semasa ke semasa.

 

Kami yakin bahawa pemeteraian Letter of Intent ini akan menjadi asas kukuh kepada kerjasama jangka panjang yang lebih strategik, mampan dan saling menguntungkan, serta menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) pada masa hadapan.

Akhir kata, saya berharap agar majlis dan sesi menandatangani Letter of Intent ini dapat berjalan dengan lancar serta menjadi titik tolak kepada kolaborasi yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi. Semoga segala perancangan yang dirintis hari ini akan direalisasikan dengan jayanya demi kemajuan pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan negara.

 

Pergi ke taman memetik melati,
Melati putih harum baunya;
Kerjasama terjalin erat dan murni,
Menjadi asas kecemerlangan bersama.

Jika berlayar menuju seberang,
Jangan dilupa arah dan tujuan;
Hasrat terukir melalui persefahaman,
Kerjasama diperkukuh demi masa hadapan.

 

Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Tuesday, 16 December 2025

Visit of Minnan Normal University to Institute of Visual Informatics (IVI), UKM




Welcoming Speech
Visit of Minnan Normal University to Universiti Kebangsaan Malaysia
Institute of Visual Informatics (IVI), UKM

15 December 2025

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Good afternoon and a very warm welcome.

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismanizan Ismail,
Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation), UKM,

Distinguished guests from Minnan Normal University,
In particular,
Mr. Li Shunxing, Secretary of the Party Committee,
Mr. Li Qingyao, Dean of the Overseas Education College and Director of the Foreign Affairs Office,
Mr. Chen Zhixiang, Dean of the School of Physics and Information Engineering,

Yang Berbahagia Dato’ Low Kok Thai and colleagues from Globalfront International,
Esteemed colleagues from UKM,
Ladies and gentlemen.

On behalf of the Institute of Visual Informatics and Universiti Kebangsaan Malaysia, it is my great pleasure and honour to warmly welcome our distinguished delegation from Minnan Normal University to UKM.

We are truly delighted to host you today and deeply appreciate your visit, which reflects a shared commitment to strengthening academic ties, advancing research collaboration, and fostering meaningful international engagement between our two institutions.

Minnan Normal University is a highly respected institution with a proud history, strong academic foundations, and an impressive record in teaching, research, and international collaboration. Its achievements as a “Double First-Class” university in Fujian Province, as well as its strengths in science, engineering, education, and cultural studies, resonate strongly with UKM’s own mission and aspirations.

At IVI, we focus on cutting-edge research and innovation in areas such as visual informatics, artificial intelligence, data analytics, robotics, and intelligent systems. We firmly believe that today’s engagement opens valuable opportunities for collaboration in joint research, talent development, postgraduate supervision, staff and student mobility, and industry-linked innovation—particularly through the proposed Talent Development & Innovation Co-Research Center.

This visit, and the signing of the Letter of Intent later today, marks an important milestone. It is not merely a formal agreement, but a statement of mutual trust and a shared vision for long-term, impactful cooperation between IVI, UKM and Minnan Normal University.

I am confident that through continued dialogue, mutual respect, and a spirit of partnership, our collaboration will grow from strength to strength, contributing not only to our institutions, but also to the broader goals of regional connectivity, knowledge exchange, and sustainable development between Malaysia and China.

Once again, welcome to Universiti Kebangsaan Malaysia and to the Institute of Visual Informatics. I hope we will have a productive discussion, an enjoyable visit, and lasting memories of your time with us.

Thank you.

 

Wabillahi taufik wal hidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
and thank you.

 

 

Prof. Dr. Riza bin Sulaiman

Director

Institute of Visual Informatic (IVI), UKM




 

IVI UKM and La Louie Holdings

PRESS RELEASE 2 UKM and La Louie Holdings Sign Letter of Intent for Better Health Better Lives 2.0, Paving the Way for MOA Implementation Ba...