Thursday, 4 July 2024

AIOT Smart Vending

 



AIOT SMART VENDING adalah merupakan 1 projek kajian IVI dengan kolaborasi bersama ARB Intelligence. 2 kumpulan pengkaji yang terlibat adalah  INTERAKSI dan AIRG.

3 FOKUS utama kajian di IVI ialah IoT

* Intelligent data

* Analytics

*Computer Vision

Sebagai permulaan, kami telah menempatkan 5 buah mesin smart vending di lokasi-lokasi berikut:

PUSANIKA - 3 unit

Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM)- 1 unit, 

Akademia Siber Teknopolis (AST)- 1 unit

dan

Kolej Ibu Zain (KIZ) - 1 unit


Mesin ini menjual makanan dan minuman dengan menggunakan aplikasi Powernow® yang boleh dimuat-turun ke telefon bimbit pengguna android dan iOS. 

Keistimewaan mesin ini berbanding mesin layan diri yang lain ialah, pengguna mempunyai kebebasan untuk memilih/memegang barangan yang ingin dibeli, semudah mengambil barangan di dalam peti sejuk di rumah, tanpa perlu beratur di kaunter pembayaran! Hanya buka pintu peti sejuk- pilih dan ambil sahaja! Kamera akan mengenalpasti barangan yang diambil dan mendebit e-wallet anda di aplikasi. Mudah bukan?

    Justeru kami mengalu-alukan keterlibatan anda sebagai responden dengan menjadi pengguna/pembeli.  Gunakanlah aplikasi Powernow® ketika membeli-belah di mesin-mesin Smart AIOT ini. Sambil membeli, anda turut menyumbang kepada kajian kami..

TERIMA KASIH!😊

No comments:

Post a Comment

Pencapaian 30 Tahun Prof. Ir. Dr. Riza Sulaiman di UKM

  Pencapaian 30 Tahun Prof. Ir. Dr. Riza Sulaiman di UKM Prof. Ir. Dr. Riza Sulaiman merupakan antara ahli akademik UKM yang telah menabu...