AIOT SMART VENDING adalah merupakan 1 projek kajian IVI dengan kolaborasi bersama ARB Intelligence. 2 kumpulan pengkaji yang terlibat adalah INTERAKSI dan AIRG.
3 FOKUS utama kajian di IVI ialah IoT
* Intelligent data
* Analytics
*Computer Vision
Sebagai permulaan, kami telah menempatkan 5 buah mesin smart vending di lokasi-lokasi berikut:
PUSANIKA - 3 unit
Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM)- 1 unit,
Akademia Siber Teknopolis (AST)- 1 unit
dan
Kolej Ibu Zain (KIZ) - 1 unit
Mesin ini menjual makanan dan minuman dengan menggunakan aplikasi Powernow® yang boleh dimuat-turun ke telefon bimbit pengguna android dan iOS.
Keistimewaan mesin ini berbanding mesin layan diri yang lain ialah, pengguna mempunyai kebebasan untuk memilih/memegang barangan yang ingin dibeli, semudah mengambil barangan di dalam peti sejuk di rumah, tanpa perlu beratur di kaunter pembayaran! Hanya buka pintu peti sejuk- pilih dan ambil sahaja! Kamera akan mengenalpasti barangan yang diambil dan mendebit e-wallet anda di aplikasi. Mudah bukan?
Justeru kami mengalu-alukan keterlibatan anda sebagai responden dengan menjadi pengguna/pembeli. Gunakanlah aplikasi Powernow® ketika membeli-belah di mesin-mesin Smart AIOT ini. Sambil membeli, anda turut menyumbang kepada kajian kami..
TERIMA KASIH!😊