Friday, 26 September 2025

Pengalaman Pentadbiran

 

Sekadar renungan masa lampau. Sejak UKM sudi menrima saya bekerja sebagai tenaga akademik bermula tahun 1986 hingga kini, saya berpeluang memegang beberapa jawatan pentadbiran. Semoga semuanya dikira sebagai ibadah oleh Allah. Dijangka pencen wajib pada tahun 2030. Insya Allah.

Terima kasih Allah, Alhamdulillah.

 

Just a reflection on the past. Since UKM was willing to accept me to work as an academic staff starting in 1986 until now, I have had the opportunity to hold several administrative positions. Hopefully all of them are considered as worship by Allah. It is expected that mandatory pension will be in 2030. God willing.

Thank you Allah, Alhamdulillah.



Terima kasih UKM




Sunday, 21 September 2025

UCAPAN PENERIMAAN JAWATAN : Riza bin Sulaiman

 


UCAPAN PENERIMAAN JAWATAN PENGARAH DAN PENGHARGAAN KEPADA MANTAN PENGARAH

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam hormat kepada semua.

Dari Pekan ke Masjid Tanah,
Bawa bekalan sekarung lokan;
Saya dipanggil memikul amanah,
Mohon sokongan, kita jayakan.

Segala puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya diberikan amanah dan kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Pengarah. Saya menyedari bahawa ini bukanlah satu penghormatan semata-mata, tetapi satu tanggungjawab besar yang perlu saya pikul dengan penuh amanah, dedikasi dan keikhlasan.

Setiap kali saya diberi amanah, saya akan kongsikan pegangan saya daripada ucapan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. ketika dilantik menjadi Khalifah, beliau telah berkata:

"Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, padahal aku bukanlah orang yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku berlaku baik, bantulah aku; jika aku bersalah, betulkanlah aku. Kebenaran itu adalah amanah, dan kebatilan itu adalah khianat."

Ucapan ini mengingatkan saya bahawa kepimpinan adalah suatu amanah yang perlu dipandu oleh nilai keadilan, ketelusan dan rasa tanggungjawab terhadap orang yang kita pimpin. Tidak patut ada cakap-cakap belakang kerana ini bukan ajaran agama kita. Saya mohon agar semua warga IVI sentiasa menegur dan menasihati saya sekiranya saya tersilap langkah, tegur secara berhemah dan berhadapan. serta bersama-sama berganding bahu dalam membawa organisasi ini ke arah kecemerlangan.

Insya Allah aka nada beberapa amalan kepimpinan Islam yang saya amalkan, di antaranya :

  • ·       Memudahkan dan bukan menghukum (Facilitate and not Penalise).
  • ·       Mengenal pasti kekuatan individu dalam pasukan (Identify strength of individual in team).

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Pengarah, Prof. Madya Dr Rabiah Abd Kadir, atas kepimpinan cemerlang beliau sebelum ini. Sumbangan, idea dan usaha beliau telah meninggalkan kesan yang sangat bermakna dan menjadi asas kukuh kepada perjalanan kita seterusnya. Semoga segala jasa beliau diberkati dan terus menjadi inspirasi kepada kita semua.

Kayuh perahu di tengah bendang,
Bawa bekalan berkongsi makan;
Berat sama kita pikul dan galang,
Ringan sama kita jinjingkan.

 Akhir kata, saya berharap agar segala usaha yang bakal kita laksanakan akan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. Marilah kita terus bekerjasama dengan semangat yang tinggi demi mencapai visi dan misi IVI kita.

 Sekian, terima kasih.

 Prof. Ir. Dr. Riza bin Sulaiman


Wednesday, 20 August 2025

9th International Conference on Man-Machine Systems (ICoMMS 2025) - Keynote Speaker


18-19 August 2025.

Thank you to the organiser:
Faculty of Electrical Engineering and Technology
UNIMAP, Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=VbKcMLcN9yU






 

Tuesday, 29 July 2025

IVI Drone Studio (UKM)

 


With the rapid development of drone technology, it has shown great application potential and market value in many fields such as education, scientific research, industry and social services around the world. In order to keep up with this technological trend, enhance the practical ability of UKM students in the field of drone technology, and promote the widespread application of drone technology and the deep integration of industry, academia and research . With the strong support and cooperation of the Institute of Informatics (IVI) of Univsersiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Globalfront International (GFI) sincerely joins hands with China's leading drone manufacturer DJI to jointly launch the Malaysia Drone Professional Certificate Program and Drone Smartshop.






Saturday, 19 July 2025

AI Summercamp 2025 (Zon Tengah)

Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) dengan kerjasama Institut Informatik Visual (IVI), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Politeknik Bagan Datuk, Perak. Terima kasih semua yang menyertai AI Summercamp  tahun ini (12-15 Julai 2025.









Saturday, 12 July 2025

AI Summercamp 2025 (Eastern Zone)

Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) dengan kerjasama Institut Informatik Visual (IVI), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Politeknik Kota Bahru. Terima kasih semua yang menyertai AI Summercamp  tahun ini (8-11 Julai 2025.






Pengalaman Pentadbiran

  Sekadar renungan masa lampau. Sejak UKM sudi menrima saya bekerja sebagai tenaga akademik bermula tahun 1986 hingga kini, saya berpeluang ...